Sunday, 14 October 2012

Keburukan Mee Segera a.k.a MEE MAGGIE


Salam...

Something good to share..

Ni cik misi nak bagi 1 health education pasal mee maggie. Mesti ramai yang makan mee maggie kan? Macam-macam perisa pulak sekarang ni. Kari ada, tomyam ada, ayam ada, asam laksa ada.. Pendek kata macam-macam ada laa ngan mee maggie ni..

Tapi, disebalik macam-macam perasa maggie ni, korang tau tak keburukan kalau makan mee maggie? Maksud saya bukan laa tak boleh makan mee maggie langsung. Cuma, kurangkan makan n seboleh-bolehnya time korang lapar tu kalau ada makanan selain dari mee maggie, better makan makanan lain tu.. Jangan laa pilih maggie jugak.. Unless memang masa tu ada maggie jer takpe.. Itu dimaafkan... huhu

Okeh, jom kite tengok apa bahan-bahan yang ada dalam mee maggie ni..


1) 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia yang dibenarkan.

  • banyak kan?

2) 24 daripadanya adalah garam natrium

3) Disebabkan itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi.

  • tu yang ada dlm perisa-perisa yang korang pilih tu

4) 1 peket mee segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2400mg natrium.

  • alamak.. bila terbaca yang ni baru terfikir kenapa orang yang berdiet tak boleh makan mee maggie..huhu
5) Mee segera jugak mengandungi kandungan lemak yang tinggi.
  • Kebanyakan mee segera digoreng semasa proses membuatnya..

Meh tengok 10 ramuan bahaya dalam mee segera plak.. Ni kita sume memang WAJIB tahu!



Kalsium Sulfat: Kapur Paris

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen

Kalsium Oksida: Digunakan dalam rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; 1 bentuk butane (cecair dalam pemetik api)

BHT (1 bahan utk bg sesuatu thn lama): Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal

Propyl Gallate: 1 xenoestrogen (sebatian spt hormon). Beri kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma. (takutnye baca yang ni)

Pentasodium Triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa, bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh (contact lense), shampoo, minyak pelincir dan jubin tahan panas

Pewarna tiruan (sunset yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dikalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.


Adoiiii... Siyesly lepas tau benda-benda ni sume rasa menyesal plak masa study dulu boleh dikatakan selalu jugak laa makan maggie! Kalau tau memang tak makan pun tak rugi.. Jadi kurangkan la makan mee maggie k.. Even maggie ni murah, jimat kos, tapi dia membahayakan kesihatan jugak. So fikir-fikirkan la ye...

Education yang saya dapat daripada kursus minggu lepas

9 comments:

  1. lepas ni tak nak makan dah...insaf..:(

    ReplyDelete
  2. hazanis: same laa..sy pun menyesal jugak..mmg tobat xmau makan dah megi

    ReplyDelete
  3. mak aiii byk giler bahan kimia.. tetibe terus pandang kat rak food ...hurm ada maggie lah..hoho.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompem ade kn?haha...same la jgk kite...smlm p kedai shoping brg umah, lgsg xpk nk beli megi..tobat :p

      Delete
  4. jom la kita sama2 kurangkan makan mee segera...

    ReplyDelete
  5. tau maggie xsihat tp mkn jg hmmmm :(

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg sgt brmanfaat :) thanx ye :) jmput follow kmbali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx..done...rajin2 singgah nanti ye :)

      Delete

TERIMA KASIH SUDI BACA. DAH BACA JANGAN LUPA KOMEN! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...