Friday, 19 October 2012

Tak Rugi Buat Baik


*bukan muka uncle

Salam..

Kerja sebagai nurse ni memang mencabar (bagi saya). Almost 3 taun saya kerja dalam bidang ni, macam-macam kenangan yang saya lalui. Kena marah ada, kena tengking ada, kena puji ada. Pendek kata macam-macam kenangan lah.

Saya bekerja disalah sebuah kilang kat area Bayan Lepas.. Huh? Nurse keje kat kilang? Hehe... Jangan la pelik. Biasanya kilang-kilang yang besar mesti ada klinik kat situ. Tugasnya pulak lebih kepada emergency. Kot-kot ada pekerja yang injured time keje kan? So, saya kena standby pada kes-kes emergency la..
Ok.. Sambung balik. Nak dijadikan cite, 1 ari tu ada la sorang uncle cina datang klinik nak mintak ubat sakit tekak. Masa tu 1st time nampak uncle tu ati saya rasa macam kesian sangat tengok muka dia. Tak tau nape. Tapi memang kesian la tengok dia.

Then kali kedua saya nampak dia berapa bulan pastu, uncle ni mai klinik nak check blood pressure dia. Saya pun check la. Bacaan tinggi sangat! About 220/180mmhg! Bacaan normal 120/80mmhg. Saya pun terkejut tengok reading tu. Sebab biasanya kalau dah tinggi camtu pesakit akan rasa nak pitam,pening. Tapi uncle ni bagitau dia tak rasa apa-apa pun!

Saya pun cepat-cepat call transportation untuk bawak uncle tu pegi hospital. (kat tempat saya keje memang ada 1 kete untuk bawak pekerja yang nk refer ke hosp). Tapi uncle tu tak mau pegi hospital. Dia kata mungkin tak cukup tido sebab tu darah dia naik.. Ahhh... Tak kira! Saya tetap nak bwk uncle tu p hospital jugak. Risau lau dia tiba-tiba jatuh then stroke kat tempat keje camne.. Btol tak?

Uncle tu pun terpaksa ikut je saya. Huhu.. Cian je tengok muka uncle 2... Sepanjang perjalanan nak pi hospital tu saya tengok je muka uncle tu. Siyesly kesian! Saya dapat rasa uncle tu ada banyak masalah. (Xtaw la btol x..saya rasa je) huhu... Then da sampai kat hospital, saya daftarkan nama dia kat kaunter. Saya tunggu sampai doc abis check dia. Then doc bgtau uncle tu kena admit wad sebab darah dia still sama jugak.. Kesiannye :(

Bila doc tu cakap camtu,saya mintak izin nak masuk dalam bilik doc nak jumpa uncle tadi. Masa saya masuk, uncle tu tengah baring atas katil. Get ready nak tolak masuk wad. Saya bgtau uncle tu yang dia kena tahan wad. Muka dia masa tu memang kesian sangat. Siap tanya saya berapa hari dia kena masuk wad. Saya pun tinggalkan dia kat situ. Saya balik tempat keja semula.. Lepas dari aritu, saya langsung tak nampak uncle tu. Yang saya tau dia duk wad 2 ari je. Lepas da discas doc bagi mc sminggu tapi dia tak amek pun mc tu. Dia terus datang keje. Dari situ da nampak yang uncle tu memang kuat bekerja. Even tak sihat tetap nak pi keje..

Then semalam (beberapa bulan lepas tu) uncle tu mai klinik lagi. Nak check darah dia. Memang tak sangka nak rawat dia lagi. Sebab ikutkan bukan turn saya yang kena cover klinik masa tu. Patutnya kawan saya, tapi sebab dia ada meeting, jadi saya la yang kena ganti dia untuk cover klinik. Memang kebetulan sangat kan? Tak sangka dapat jumpa uncle tu lagi.

Sebelum nak check pressure dia tu saya sempat sembang ngan dia. Tanya khabar dia.. Dia pun nampak bertambah sihat. Tak macam kali kedua jumpa dulu,x bermaya! Bila da siap check, sebelum dia kuar dari klinik, dia sempat ucap thank you kat saya sebab tolong anta dia masuk hospital dulu. Err...masa tu tak tau nak describe camne perasaan. Terharu pun ada sebab uncle yang da tua tu bleh ingat saya lagi :')

U see.. Kalau kita buat baik, insyaAllah baik jugak la ganjaran yang kita dapat.. Btol x? Rasa puas kan bila kita dapat tolong n happy kan ati orang lain. Walaupun bukan family kita. Hadiah paling bermakna untuk sorang nurse bukan lah minta dibalas dengan wang ringgit, cukup lah sekadar ucapan terima kasih tu. Dah cukup bermakna n rasa dihargai. :)

* saya doakan semoga uncle sihat-sihat selalu. Thanks n tahniah pada korang yang abis baca 'cerpen' saya ni.huhu

4 comments:

  1. sangat setuju dengan tajuk entry...ni yang bersemangat nak buat baik jugak ni...

    selamat bekerja dengan lebih gigih ye nurse...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji Tuhan tu pasti! bkn kt dunia jer.. kt sana t pun ada yg menanti..insyaAllah

      Delete
  2. if mine with your place mesti sebak sangat kan... pak cik tu dah tua tapi berusaha keras untuk cari rezeki... walaupun berlainan bangsa dan agama tapi your truly sincerely for help are really good.. keep it up..remain to be a kind person is not bad ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuu sis... patut kena ada dlm diri sume orang.. :)

      Delete

TERIMA KASIH SUDI BACA. DAH BACA JANGAN LUPA KOMEN! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...