Saturday, 3 November 2012

Interview Nurse Kerajaan!


Salam...

Baru-baru ni kalau korang tengok berita laa, kerajaan  nak guna banyak jururawat terlatih untuk diserap dalam sektor awam. Maknanya kerajaan nak serap lebih ramai lagi jururawat untuk bekerja dengan kerajaan. Kalau sebelum ni korang pun sedia maklum sapa-sapa yang study dengan bukan kerajaan, bila nak kerja ngan kerajaan memang agak susah sikit melainkan kalau ada 'cable' baru laa senang nak kerja ngan kerajaan.. *korang paham tak apa yang saya cuba sampaikan ni?huhu

Dulu saya study nursing ngan kolej swasta. Bila dah grad saya duk tanam anggur kat umah dalam sebulan dua je. Lepas tu terus dapat offer kerja kat salah sebuah hospital swasta kat Johor Bahru. Tapi saya kerja tak lama. Dalam sebulan je lepastu saya resigned. Sebab resigned? Hehe... Saya tak minat kerja kat hospital. Haha.. Kukuh tak alasan tu? :p

Memang masa tu ramai yang kata saya lepaskan peluang. Sebab ramai lagi kawan-kawan sekolej ngan saya yang tak dapat kerja lagi. Ada pulak tu yang sampai sekarang still tak kerja-kerja! *dah 3 taun berlalu... Saya plak bleh senang-senang resign. Lepas resigned tu saya apply kerja lain plak. Member rekemen kerja yang saya kerja sekarang ni. Industrial nurse. Tak tau industrial nurse tu? Sila baca kat SINI! Alhamdulillah lepas 2 minggu saya resigned saya dapat kerja kat Penang.. Tempat saya kerja sampai ke arini. Sekarang dah hampir 3 taun kerja kat sini. Mungkin jiwa saya lebih serasi ngan kerja-kerja ni berbanding kerja kat hospital. Tak kisah laa kerja kat mana-mana pun hakikatnya kerja nurse ni tolong orang yang sakit.. Kat kilang pun saya tolong orang sakit jugak.. Huhu...

Tup-tup petang tadi Ibu call bagitau surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sampai kat umah. Saya dapat interview untuk bekerja ngan hospital kerajaan pada 12 Nov ni. *baru interview je..takyah nak gelabah sangat :p. Maunya tak gelabah. Takde apply pun tiba-tiba orang panggil interview. Saya sebenarnya berbelah bagi. Samada nak pi ke tak interview tu. Macam yang saya bagitau tadi laa.. Saya tak minat kerja kat hospital. Kalau saya pi interview ni pastu dapat pulak kerja tu, kalau saya tolak memang saya rugi. And member saya cakap kalau tolak tawaran kerajaan, nama akan blacklist. Betul ke?

Saya dah selesa ngan kerja n gaji sekarang. Tak dinafikan kerja kerajaan memang banyak benefit. Pencen pun ada. Elaun pun ada. Pendek kata macam-macam ada laa.. Cuma masalahnya sekarang, saya tak minat kerja hospital. Tapi Ibu plak yang eksaited nak saya pi interview tu.. Saya bagitau sidia pasal ni. Dia pun eksaited suruh pi. Siap nak teman lagi pi interview tu *sebab saya interview kat Penang ni je. Kawan tempat kerja saya pun dapat juga interview ni. dorang pun galak suruh pi jugak interview. Ermmm... Betul-betul berbelah bagi laa ati ni.

Tadi saya dah fikir n buat keputusan, saya pi jugak laa interview tu. Saya try the best laa.. Untuk hidup saya. Kalau dapat saya anggap rezeki. Kalau tak dapat pun saya anggap rezeki jugak. Kalau jadi kat korang camne plak? Apa keputusan korang?

lebih kurang camni la surat tu 



9 comments:

  1. wah dapat keje goment cerah masa depan :)

    ReplyDelete
  2. klu xminat jd nurse npe apply? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy minat jd nurse cuma xminat keja hospital..utk pengetahuan, kerja nurse ni byk cabang..bkn hanya bkerja kt spital je... :)

      Delete
  3. hehe..seronoknya orang tawar kerja walaupun tak mohon..tak apa, pilih mana yang terbaik..solat istikharah. Saya doakan..hehe..seronok dengar.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..rezki..klau sy tntu nak sngt..pegi la.. :)

    ReplyDelete
  5. murah rezeki nana :)
    doakan didiey pown dpt keje plak ek pasni

    ReplyDelete
  6. aku pon interview jururawat gred u29 pada 12/11/2012 hari tu...surat tu xmcm kat atas tu pon..kaler biru.. ape yg tertulis kat surat tu dokumen2 penting harud dibawak, tempat temuduga,tarikh dan masa....anyway cm mne interview hari tu..? hopefully kite berjaya temuduga tu eh.amin:)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI BACA. DAH BACA JANGAN LUPA KOMEN! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...